Saturday, 23 July 2016

Isu Teknologi - Kecurian identiti


Di alam siber, identiti online adalah sesuatu yang amat penting. Sekiranya tidak diuruskan dengan baik, kemungkinan besar kita akan menjadi mangsa kecurian identiti.

Sebagai contoh, terdapat kategori malicious software (malware) yang dinamakan banking trojan yang direka khas untuk mencuri maklumat dari komputer. jenayah ini telah menyebabkan kerugian besar kepada ramai pengguna internet di seluruh dunia.

Dengan jenayah siber yang semakin kompleks saban hari ini, pengurusan identiti di alam siber tidak lagi boleh dipandang remeh.

Apabila menceritakan pengurusan identiti, kita harus berbangga kerana negara kita mempunyai sistem pengurusan identiti yang baik iaitu MyKad.

Maklumat seperti cap jari, tandatangan digital dan lain-lain butiran boleh dimuatkan di dalam satu kad.

Tidak mustahil juga, pada masa yang akan datang, pengundian dalam pilihan raya boleh dilaksanakan secara online dengan hanya menggunakan MyKad.

Ini berbeza dengan kebanyakan negara maju yang masih tidak mempunyai satu sistem kad identiti yang seragam.

Dengan adanya MyKad, sebuah sistem pengurusan identiti online yang berkesan dapat dilaksanakan dan perniagaan online akan terus berkembang.

Bagaimanapun, penggunaan myKad semata-mata tidak cukup untuk menjamin keselamatan maklumat peribadi seseorang individu di alam siber.

Pengguna internet itu sendiri perlu bijak untuk menguruskan maklumat-maklumat peribadi mereka.

Ini penting kerana kebanyakan kes kecurian identitii online bukanlah berpunca daripada kegagalan sistem untuk berfungsi tetapi selalunya kerana kecuaian atau sifat tamak pengguna itu sendiri.

Oleh itu, dicadangkan supaya pengguna internet tidak meletakkan terlalu banyak maklumat peribadi di internet kerana ia boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak betanggungjawab untuk mengaut keuntungan mudah.


No comments:

Post a Comment