Saturday, 23 July 2016

PENGENALAN


Kecurian identiti belaku apabila seseorang mencuri maklumat dan menggunakannya tanpa keebnaran untuk sebarang tujuan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira faktor usia dan jantina. Malah, ada juga kes yang berlaku melibatkan identiti individu yang telah meninggal dunia. Keupayaan internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan,telefon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Oleh hal yang demikian, Jenayah siber kini telah menjadi ancaman yang paling serius kepada pembangunan sosio ekonomi dan keselamatan negara. Ancaman ini telah berpindah dari platform fizikal kepada platform maya.Internet dan teknologi telah bergabung menjadi pedang dua mata yang boleh digunakan untuk tujuan menawarkan peluang pembangunan dan juga menawarkan peluang untuk melakukan jenayah.Peningkatan insiden jenayah siber berpotensi untuk melumpuhkan kesejahteraan sosial dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.


No comments:

Post a Comment